Posted in Hear it from Us, on Tuesday, July 20, 2010
Tags: Arts, Culture, Entertainment, MH Events/Activities

By: Azman Ismail (Malaysia Airlines, MASenidaya)

MAStari dan MAS Gamelan 2010 - 1.jpg

Buat pertama kalinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS selaku penaja Kumpulan MASenidaya ke Festival Tong Tong di The Hague pada bulan May yang lalu, telah menjemput kumpulan kebudayaan anak-anak kakitangan MAS yang terlibat membuat persembahan di Majlis Makan Malam Dan Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Perwakilan kali ke-13 yang telah dirasmikan oleh Y.B.Dato Hajjah Rohani Bt Abdul Karim Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan pada 25 Jun 2010 bertempat di Grand Dorsett Subang Hotel Subang Jaya.

MAStari dan MAS Gamelan 2010 - 2.jpg

Seramai 8 penari genit berumur dari 7 - 10 tahun telah berjaya membuat persembahan semasa makan malam bermula jam 8.30 malam dan diiringi oleh kumpulan gamelan anak-anak MAS seramai 7 orang dan juga dari umur 8 -16 tahun.

MAStari dan MAS Gamelan 2010 - 3.jpg

Tarian berunsurkan TariGamelan yang telah dikontemkan oleg Jurutari jemputan dari JKKN ( Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) Cikgu Acik dengan iringan lagu Gamelan Lambang Sari, telah berjaya memukau mata hadirin seketika dan penari ini juga mengiringi masuk tetamu kehormat masuk ke dalam dewan dengan disulami pembukaan silat dari kalangan ahli gamelan.

MAStari DAN mas Gamelan 2010 - 4.jpg

Dengan hanya 4 kali latihan bermula sejak 4 minggu yang lalu, setiap hari Ahad dari jam 3-6  petang, mereka berjaya membuat persembahan yang amat boleh dibanggakan. Insallah, selepas ini banyak undangan bakal diterima oleh mereka dengan tersebarnya gambar-gambar persembahan mereka ini dalam laman Facebook dan Youtube (masenidaya).

Semuga dengan komitmen dan sokongan dari ibubapa dari kalangan kakitangan MAS yang tidak jemu menghantar anak-anak dalam kelas MAStari dan MASgamelan ini, maka semangat anak-anak ini tidak akan pudar dalam menjiwai seni kebudayaan bangsa dari terus dilupakan.

Kelas MAStari dan MASgamelan akan terus diadakan setiap hari Ahad dari jam 2-6pm dan pada ibubapa kakitangan lain  yang berminat untuk menghantar ank-anak melihat sendiri latihan diadakan, bolehlah datang sendiri melihat latihan yang kami adakan untuk terus mencungkil bakat seni anak-anak di Studio MASenidaya Basement Admin 1 SZB atau boleh hubungi Pengerusi MASenidaya.

Sokongan dari pihak pengurusan amat kami hargai untuk kami terus menghidupkan seni pada generasi muda anak-anak MAS.

Majulah Seni Untuk 1MH dan 1Malaysia

Bookmark and Share


nabilpotter says:
waa..bestnye :)
Tuesday, July 20, 2010 at 6:49 PM
kay says:
comey2 bebudak ni... tahniah to azman n the geng...
Wednesday, July 21, 2010 at 10:37 AM
maman says:
tahniah juga dari gua!
Thursday, July 29, 2010 at 3:37 PM
Comments :
Name :
Email :
URL :
       
Comments :
Allowed Tags : <A>, <B>, <I>, <BLOCKQUOTE>






This is a blog on MH, powered by our employees, a space for us to share with our customers and visitors insights into the real stories behind MH!